I am the owner of Oh Wow, Lovely! (OWL!) hiihihihiihih

Thursday, October 20, 2011

Hye. Saje nak alim-alim sikit hari Jumaat. :p



Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagiaaa~

Intro nasyid uols sempena hari Jumaat yang mulia dan diberkati ini. Syukur alhamdulillahhh :)

Tadi i ada browse internet tentang pemakaian wanita menutup aurat. Rupanya banyak lagi i kena perbaiki uols.


Check rajah di bawah ini:






Ok, kain senteng is a no no. Baju sleeve separuh i ade uolss. Harus beli inner. Baju melepasi punggung memang takde. Half punggung boleh tak? Kena beli kain jahit baju labuh banyak-banyak nampaknye ni. Make sure shawl sume tutup dada especially those yg bootilicious. Kebaya mmg out. I memang takkan pakai kebaya. Tapi baju I takdelah longgar sangat dan takdelah ketat. I gemuklicious. Pakai longgar pun boleh nampak seksi. Camne uols? Gitew. Hihihi :p And yes, kena pakai socks. Tak pernah terpikir pun pasal ni.




I ada masalah. Sekarang kena pandang serius pasal hal takleh pakai wangi2an. Sebab ia dianggap melakukan zina. Walaupun I memang bukan seorang yang suka pakai perfume, setakat body mist je, tapi rupenya wangian ape jenis pun, asalkan mendatang bau wangi dari arah kita, maka dilarang. I terfikir. Deodorant boleh kan? How about baby oil n baby powder Johnson and Johnson? Anyone care to answer me?

Kasut pun kalau high heels takleh yang berbunyi ketang ketung time jalan tu. Seb bek memang jenis pakai pump shoes. So tiada masalah di situ. Tapi jalan ala2 catwalk supermodel pun dilarang uols. Memang terpadamlah niat nk jadi model pakaian muslimah (ade hati nak jadi model chait)

Larangan tentang bersolek bila nak keluar rumah tu pun cm takde masalah sebab mmg pakai light eyeliner.

"Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram"

Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.


Dan ikatan tudung tu takleh sampai menampakkan bentuk leher ye kengkawan. Ni cara orang jahiliah. Sekarang kan banyak style tudung fesyen-fesyen macam-macam. Hana Tajima la Yuna la. Boleh ikut gaya mereka asalkan tak lari dari garis panduan. GARIS PANDUAN? Wah ayat I. Hahaha.

I am myself sedang perbaiki cara pakaian muslimah dalam merealisasikan impian untuk jadi gadis muslimah terakhir malaya. Gitew. Takleh blah kan? Fine.

Semoga kita sama-sama perbaiki dan ingat mengingati satu sama lain.


Alhamdulillah for what I have today :)
Love.

Wassalammm :)


No comments:

Post a Comment